Showing posts with label NUFFNANG. Show all posts
Showing posts with label NUFFNANG. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Ambil semangat dari red mummy yang berjaya

Harini, admin hanya berjaya membuat 3 posting untuk BLOG PILIHAN kerana terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan harian. Admin memohon maaf kepada pemilik blog niaga yang telah lama menunggu untuk blog mereka di iklan kan di sini.

Kami menghargai kesabaran anda. Semoga Allah akan memberikan keluangan yang luas kepada admin untuk terus berkhidmat kepada anda semua. Semoga segala apa yang admin lakukan ini akan mendapat keberkatan dariNya. Amin.

Mengambil semangat dari redmummy yang telah dinobatkan sebagai seorang yang berjaya, maka admin menyimpan hasrat yang sama. Berjaya dia kerana usahanya dan juga antara penyumpang kejayaan nya adalah Nuffnang itu sendiri. 

Dengan itu, hari ini juga admin telah berjaya membawa beberapa tips yang berkaitan dengan Nuffnang yang pastinya ramai tercari - cari apakah dan siapakah Nuffnang itu sendiri. Segala perkongsian dari admin untuk anda ini hanyalah perkongsian yang tidak berbayar dan dengan niat yang suci, untuk bersama - sama mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Semoga jumpa lagi di lain ketika. Wassalam
Semoga bermanfaat untuk semua.

Thursday, April 22, 2010

Tips Nuffnang ~ Apakah keuntungan yang Nuffnang tawarkan kepada Blogger?

Di bawah ini adalah merupakan persoalan yang biasa di tanya oleh blogger kepada pihak Nuffnang. Sebagai kemudahan semua, admin telah mengalih bahasa dari English kepada B.Melayu. Link tersebut boleh anda perolehi di link ini.  ~ http://www.nuffnang.com.my/blogger-faq/

 Apa keuntungan yang pihak Nuffnang tawarkan kepada blogger?

  • Yang pertamanya, adalah dari segi keuntungan kewangan. Kami akan melakukan semua proses mencari pengiklan dan menyambungkan anda dengan mereka. Setiap kali iklan di masukkan ke blog anda, dari situ lah anda akan mula membuat pendapatan! 
  • Kami menyakini yang semua blog - blog akan mempunyai kredible nya yang tersendiri dan juga kaya dengan maklumat. Sejurus dengan itu, kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan iklan yang ditayangkan di Blog anda sesuai dengan kandungan anda dan pembaca sedekat mungkin. Ini bermakna, pembaca anda adalah antara yang memainkan peranan penting bagi menjadikan blog anda adalah yang terbaik di laman sawang.
  • Kami juga berusaha mencari afiliasi dengan rakan strategik seperti syarikat hosting web untuk memberikan anda manfaat dan faedah tambahan. Nantikan!
  • Nuffnang.com.my mempunyai dedikasi untuk "Menampilkan Blogger" , yang mana akan memilih sejumlah blogger setiap bulan. Adakah anda yang akan menjadi pilihan yang seterusnya?
  • Nuffnang merupakan blog iklan komuniti yang pertama di Asia Pacific's yang sentiasa menyenangkan dan mengadakan kegiatan yang menarik bagi menarik blogger untuk menyertai dan bersama kami, kerana semua ini adalah sepenuhnya percuma!
Ini adalah salah satu soalan yang di ajukan oleh Blogger kepada pihak Nuffnang. Nanti kan tips berguna lain yang berkaitan dengan Nuffnang di PNA. Wassalam.

How to register with NUFFNANG 2010 - NEW VERSION

BAGAIMANA CARA DAFTAR DENGAN NUFFNANG? VERSI 2010

Admin memilih entry ini kali ini kerana ianya adalah kesinambungan Pena Admin yang sebelum ini iaitu tentang Nuffnang yang di sisipkan ke PNA.

Tujuan admin memasukkan entry ini bagi membolehkan mereka yangdi luar sana, mahupun mereka yang berstatus BLOG PILIHAN mempunyai panduan bagaimana untuk mendaftar dengan Nuffnang ini.

Bagi memudahkan pembaca, admin telah menyisipkan di sini layout - layout yang berkaitan bagi menyenangkan pembaca mengikutinya.

LANGKAH LANGKAH

Capai alamat ini http://www.nuffnang.com.my/




Selepas capaian diperolehi, sila klik pada link SIGN IN di sebelah kiri, dan pilih as Blogger
Kemudian akan keluar layout seperti di bawah
 
 
Apabila keluar paparan seperti di atas, anda perlu lah mengisi di kotak - kotak yang di sediakan. Apa yang penting, pastikan nama, ic dan alamat surat menyurat mesti lah betul dan sama dengan ic anda bagi tujuan pembayaran nanti.
 
 
 
Kemudian, di bahagian bawah terdapat kotak kotak kecil yang perlu anda klik dan juga perkataan untuk verification. Masukkan code seperti kod yang terdapat di gambarajah. Setiap kod adalah unik dan berbeza. Selepas itu, tekan Sign Me Up kat butang di bahagian bawah.
 
 
 
Setelah selesai, register lah di paparan ini menggunakan username dan password yang di daftarkan tadi. Selepas register, anda akan nampak paparan seperti di bawah
 
 
Di paparan ini, anda akan nampak Analytics, Earnings, Add Ad, Blog Manager dbg.
Sekarang, apa yang perlu anda lakukan adalah :


LANGKAH 1. PERLU REGISTER BLOG ANDA DI BLOG MANAGER TERLEBIH DAHULU

 
Daftarkan blog anda dengan cara klik pada ADD A BLOG.
 
LANGKAH 2. MASUKKAN "ADD AD" KE BLOG
 
Apa yang perlu anda lakukan, ialah copy coding yang telah di berikan seperti layout di atas untuk di masukkan ke dalam blog anda. INI PENTING!! 
Step ini penting kerana dari situ lah admin Nuffnang akan menilai di mana ruang iklan yang akan mereka  beli dari anda.
Terdapat 3 coding yang anda perlu masukkan ke blog anda. Bahagian atas, tengah dan tepi. Di bahagian yang di masukkan coding ini, kadang kala akan keluar iklan dari Nuffnang itu sendiri, dan iklan itu sebenarnya tidak berbayar.

LANGKAH 3 : CARA MASUKKAN CODING KE BLOG 
 
 
  Seperti biasa, login ke blog anda, dan klik pada LAYOUT. Dan paparan seperti di atas akan keluar. Klik pada ADD GADGET di salah satu bahagian yang ingin di masukkan iklan itu nanti dan paparan seperti di bawah akan keluar. Klik pada tanda "+" pada HTML/JAVA untuk memasukkan coding yang telah di copy tadi.
 
 
Skrin di bawah adalah di mana perlu anda paste coding anda tadi. Kemudian tekan button SAVE. Selepas anda refresh blog anda, pasti tempat iklan yang anda masukkan tadi akan muncul di blog anda.
 
Itu adalah langkah - langkah yang dapat admin kongsi dengan semua pemilik blog niaga yang ingin berdaftar dengan Nuffnang. Admin berharap ianya sangat membantu anda dan bermanfaat untuk semua.

Sekian dari Pena Admin.



Wednesday, April 21, 2010

Pengalaman "Portal Niaga Anda" Daftar Nuffnang

TIDAK FAHAM SEPENUHNYA

Saya ( Admin PNA ) masih ingat lagi peristiwa itu. Saya dan adik ada perbahasan yang agak hangat tentang nuffnang ini kerana kedhaifan diri saya memahami apa yang di tawarkan oleh pihak nuffnang itu sendiri.Mungkin kerana pada tanggapan awal saya, bagaimana senang - senang seseorang itu memberikan kita wang sedangkan kita tidak berbuat apa - apa. Sebenarnya saya juga was - was mengenai sumber yang bakal di perolehi nanti kerana takut bercampur dengan sumber yang haram.


TERBUKA MINDA

Tetapi  setelah saya meneliti dan membaca sendiri penerangan daripada Ust Zaharudin mengenai Nuffnang ini yang di bolehkan, maka hati saya lega. Dari situ lah, saya mula mentelaah tentang Nuffnang ini bagi memahami dan mendalami apakah konsep yang di laksanakan oleh mereka, di samping mendapat bantuan adik saya juga. Terima kasih kepada adik saya, Khasiah Hanapi ( LA di salah sebuah law firm di Kemaman ) kerana dia lah yang telah membantu mengenalkan saya dengan Nuffnang. Lawatilah blog nya di http://khashfa.blogspot.com/ sebagai salah satu sumbangan saya kepadanya.

Dialah yang telah mencadangkan kepada saya supaya mendaftar dengan pihak Nuffnang kerana katanya, blog saya mempunyai potensi dan ramai pengunjung. Pada mulanya, saya tidak begitu menghiraukan cadangan nya itu, tetapi selepas saya terbaca satu berita tentang REDMAMA ( RM ) yang telah mendapat pendapatan yang lumayan hasil daripada iklan - iklan dari nuffnang menyebabkan minda saya terbuka dan berjalan laju.

Konsep blog saya yang pada mulanya hanya mengumpulkan blog - blog kegemaran, menjadi kepada suatu blog yang akan di kunjungi ramai pengunjung. Yang terhasil daripada idea saya inilah wujudnya BLOG PILIHAN. Tanpa saya sangka, sambutan nya amat menggalakkan.

Saya begitu teruja dan merasakan sangat gembira dengan sokongan yang telah diberikan oleh semua pemilik - pemilik blog niaga. Di samping mereka dapat mempromosikan blog mereka, link mereka akan mudah dicapai oleh pelanggan yang suka kan produk yang mereka tawarkan.


NUFFNANG DI PNA

Dan, dengan rasminya semalam merupakan tarikh keramat bagi saya di pihak PNA kerana telah berdaftar dengan nuffnang dan ianya telah berada di Portal Niaga Anda. Saya harap ianya tidak mengganggu kehadiran anda ke PNA.

Ini kerana, konsep PNA masih sama, ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua pemilik blog niaga, dan tagline kami di PNA iaitu Kemudahan untuk semua, Semuanya ada di sini, Semuanya PERCUMA masih akan kami galas walaupun ianya di tambahi dengan tujuan sampingan.

Saya bagi pihak PNA sangat mengharapkan segala yang kami usahakan ini mendapat sokongan semua dan mendapat rahmat dariNya Yang Esa. InsyaAllah jika di situ ada usaha, di situ juga lah kita akan jumpa jalannya. InsyaAllah.

Wassalam. Semoga bermanfaat buat semua.
- Admin PNA -

[ How to get FREE Ads & REGISTER with PNA ]

Step 1 : Be a part of our fans and followers

Step 2 : Submit the FREE ADS's Form

* For some of period, Admin will review your application and will notify you when your ad is selected for the advertising

Step 3 : Follow the admin's instructions in the your ad
i. Put our Banner in your blog
ii. Write your Comments below your free ads
iii. Put our link (http://yourfreeadvertisement.blogspot.com/) in your bloglist

THAT'S ALL! Easy, right? .. and it is FREE FOR U !

[ Our Followers ]

[ PNA's Fan Box ]

[ Free Ad's Form ]

Your Blog Title :
A brief description of your business blog :
Your link address :
Your blog category :
Write Your category (If your blog's category more than one OR for others Category ) :
Your Name :
Email :
Phone No :
How do you know about this Portal? :
Already be our fans and followers? :
Give some brief about this Portal ( appreciated if you can give some suggestion to us ) :

This HTML form was created by Freedback.

[ Pesanan Anda ]