Admin memilih entry ini kali ini kerana ianya adalah kesinambungan Pena Admin yang sebelum ini iaitu tentang Nuffnang yang di sisipkan ke PNA.
Tujuan admin memasukkan entry ini bagi membolehkan mereka yangdi luar sana, mahupun mereka yang berstatus BLOG PILIHAN mempunyai panduan bagaimana untuk mendaftar dengan Nuffnang ini.
Bagi memudahkan pembaca, admin telah menyisipkan di sini layout - layout yang berkaitan bagi menyenangkan pembaca mengikutinya.
LANGKAH LANGKAH
Capai alamat ini http://www.nuffnang.com.my/
Kemudian akan keluar layout seperti di bawah
Apabila keluar paparan seperti di atas, anda perlu lah mengisi di kotak - kotak yang di sediakan. Apa yang penting, pastikan nama, ic dan alamat surat menyurat mesti lah betul dan sama dengan ic anda bagi tujuan pembayaran nanti.
Kemudian, di bahagian bawah terdapat kotak kotak kecil yang perlu anda klik dan juga perkataan untuk verification. Masukkan code seperti kod yang terdapat di gambarajah. Setiap kod adalah unik dan berbeza. Selepas itu, tekan Sign Me Up kat butang di bahagian bawah.
Setelah selesai, register lah di paparan ini menggunakan username dan password yang di daftarkan tadi. Selepas register, anda akan nampak paparan seperti di bawah
Di paparan ini, anda akan nampak Analytics, Earnings, Add Ad, Blog Manager dbg.
Sekarang, apa yang perlu anda lakukan adalah :
LANGKAH 1. PERLU REGISTER BLOG ANDA DI BLOG MANAGER TERLEBIH DAHULU
Daftarkan blog anda dengan cara klik pada ADD A BLOG.
LANGKAH 2. MASUKKAN "ADD AD" KE BLOG
Apa yang perlu anda lakukan, ialah copy coding yang telah di berikan seperti layout di atas untuk di masukkan ke dalam blog anda. INI PENTING!!
Step ini penting kerana dari situ lah admin Nuffnang akan menilai di mana ruang iklan yang akan mereka beli dari anda.
Terdapat 3 coding yang anda perlu masukkan ke blog anda. Bahagian atas, tengah dan tepi. Di bahagian yang di masukkan coding ini, kadang kala akan keluar iklan dari Nuffnang itu sendiri, dan iklan itu sebenarnya tidak berbayar.
LANGKAH 3 : CARA MASUKKAN CODING KE BLOG
Seperti biasa, login ke blog anda, dan klik pada LAYOUT. Dan paparan seperti di atas akan keluar. Klik pada ADD GADGET di salah satu bahagian yang ingin di masukkan iklan itu nanti dan paparan seperti di bawah akan keluar. Klik pada tanda "+" pada HTML/JAVA untuk memasukkan coding yang telah di copy tadi.
Skrin di bawah adalah di mana perlu anda paste coding anda tadi. Kemudian tekan button SAVE. Selepas anda refresh blog anda, pasti tempat iklan yang anda masukkan tadi akan muncul di blog anda.
Itu adalah langkah - langkah yang dapat admin kongsi dengan semua pemilik blog niaga yang ingin berdaftar dengan Nuffnang. Admin berharap ianya sangat membantu anda dan bermanfaat untuk semua.
Sekian dari Pena Admin.
good2..satu penerangan yg bagus
ReplyDelete